
Penerjun Austria, Felix Baumgartner, berjaya mencipta rekod dunia baharu dalam terjun payung selepas berjaya terjun bebas dari pinggir ruang angkasa setinggi 39 kilometer dari aras bumi pada 14 Oktober lalu. Beliau memakai pakaian angkasawan untuk membolehkannya terjun dari pinggir angkasa dan mengambil masa 4 minit 22 saat untuk mendarat di Roswell, New Mexico AS.









