Cari:
Pelaburan ASEAN di Myanmar Dijangka Melambung
2012-10-17 15:43:29 CRI Cetak

"Tibalah masanya untuk melabur di Myanmar", demikianlah tema Forum "Pelaburan di Myanmar" anjuran Bank Bangkok di Thailand pada 15 Oktober lalu. Forum itu menarik penyertaan hampir 600 orang tokoh perniagaan Thailand dan wakil syarikat asing di Thailand, sekali gus menyerlahkan daya tarikan serta potensi Myanmar untuk menarik pelaburan asing.

Menurut penganalisis, pembangunan Myanmar amat berfaedah bagi pembentukan sebuah laluan perdagangan yang bersepadu di Asia. Wakil Kanan Bank Pembangunan Asia di Myanmar berkata, Myanmar mempunyai kelebihan dari segi geografinya, kerana negara itu bukan sahaja menyambungkan rantau Asia Selatan dengan Asia Tenggara, tetapi juga berjiran dengan China. Maka Myanmar mempunyai potensi perdagangan luar yang amat besar dengan negara-negara jirannya.

Myanmar dikatakan pasaran terakhir yang belum diterokai di rantau ini. Dalam pada itu, negara-negara Asia, terutamanya anggota ASEAN mempunyai kelebihan kerana sentiasa mengekalkan hubungan ekonomi dan perdagangan sedangkan negara-negara Barat mengenakan sekatan terhadap Myanmar selama ini. Hal ini terbukti dengan pelaburan Thailand yang mencecah USD 9.5 bilion di negara itu setakat September lalu, sekali gus menjadikan Thailand sumber pelaburan asing kedua terbesar bagi Myanmar, selepas China. Beberapa negara ASEAN yang lain juga merancang untuk melaksanakan projek pelaburan berskala besar di Myanmar.

Menurut Kumpulan Axiata, iaitu syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia, pelaburan ke Myanmar merupakan idea yang bijak memandangkan negara itu mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi. Dijangka, syarikat-syarikat dari India, Rusia dan Thailand akan berebut-rebut membuat bidaan dalam jualan lelong minyak mentah dan gas asli yang akan diadakan oleh kerajaan Myanmar pada akhir tahun ini.

Kebelakangan ini, Republik Korea juga menampakkan hasrat yang besar untuk melabur di Myanmar. Dalam tempoh lawatan Presiden Myanmar, U Thein Sein ke Republik Korea baru-baru ini, pemimpin kedua-dua negara telah memeterai satu perjanjian rangka kerja bagi menerajui kerjasama dalam bidang sumber tenaga dan pembinaan infrastruktur

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China