
Ekonomi China semakin stabil dan mengalami perubahan positif pada suku ketiga tahun ini. China yakin dapat mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi tahun ini sebanyak 7.5%.
Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao ketika mempengerusikan mesyuarat tetap Dewan Negara China semalam. Mesyuarat itu menganalisis situasi ekonomi semasa dan menyusun kerja ekonomi untuk suku keempat.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi sembilan bulan pertama tahun ini mencatat purata 7.7%. Transformasi pembangunan ekonomi dan penyusunan semula struktur ekonomi menunjukkan hasil yang positif. Permintaan pengguna merangsang keseimbangan pembayaran antarabangsa, mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan serta menstabilkan harga komoditi dan rumah.
Selain itu, kerajaan akan terus melaksanakan dasar fiskal dan dasar kewangan berhemat untuk menggalakkan pembangunan ekonomi yang stabil dan pesat di samping memacu transformasi pembangunan ekonomi dan dasar terbuka bagi menjamin kesejahteraan rakyat.








