China berjaya melancarkan satelit pandu arah global "Beidou" dengan roket pembawa "Long March-3C" di Pusat Pelancaran Satelit Xichang, provinci Sichuan. Satelit itu akan beroperasi bersama-sama dengan 15 satelit lain bagi meningkatkan kemampuan perkhidmatan serantau.
Satelit Pandu Arah Global "Beidou" itu dihasilkan China sendiri dan sistemnya selaras dengan sistem pandu arah satelit negara yang lain.