Cari:
Kongres Kebangsaan CPC Ke-18 Membantu Dunia Memahami China
2012-10-31 13:12:11 CRI Cetak

Kongres Kebangsaan Parti Komunis China (CPC) Ke-18 yang bakal diadakan pada 8 November nanti menjadi tumpuan perhatian masyarakat antarabangsa. Perkhidmatan pusat penerangan berkenaan akan dimulakan esok.

Pada 10 tahun lalu, lebih 500 orang wartawan asing telah melaporkan Kongres Kebangsaan CPC ke-16, manakala lebih 700 orang wartawan asing membuat liputan tentang Kongres Kebangsaan ke-17 pada lima tahun lalu. Kini, Kongres Kebangsaan CPC sekali lagi menjadi tumpuan perhatian dunia.

Mengapa kongres ini begitu menarik perhatian media pelbagai negara?Antara sebab utamanya adalah kejayaan yang dicapai oleh CCP dan peranan China dalam menggalakkan kedamaian dan pembangunan dunia. Selain itu, ekonomi China mengekalkan pertumbuhan yang stabil dan pesat, bahkan China kini menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia dan menjadi penjana pertumbuhan ekonomi global.

Kongres Kebangsaan CPC boleh dikatakan "pengenalan" kepada proses pembangunan China. Untuk lebih memahami China, mesti terlebih dahulu mengenali CPC. Malah, wartawan asing yang kurang memahami China pun sedar bahawa hanya dengan mengenali CPC dan Kongres Kebangsaan CPC, barulah mereka dapat mengetahui pendekatan China untuk menghadapi cabaran dalam proses pembangunan.

Sejajar dengan pembangunan China, pelbagai negara di dunia juga semakin memberikan perhatian kepada CPC. Kongres Kebangsaan CPC Ke-18 ini akan membantu pelbagai negara memahami pendirian negara ini dalam pembangunan semasa dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China