Isu keselamatan dalam ruangan siber merupakan cabaran bersama bagi pelbagai negara dan China yang sudah dijadikan mangsa utama dalam penggodaman. Oleh itu, China bersedia bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk memelihara keselamatan ruang siber. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei semalam.
Hong, ketika membalas kenyataan AS yang mendakwa firma China mencuri rahsia komersialnya melalui penggodaman, juga menegaskan dakwaan tanpa siasatan dan bukti tersebut tidak bertanggungjawab.