Cari:
Ulang Tahun ke-10 Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan
2012-11-01 17:30:21 CRI Cetak

Seminar memperingati ulang tahun ke-10 penandatanganan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan telah diadakan di Phnom Penh, Kemboja hari ini. Naib Menteri Luar China, Fu Ying, Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Hor Namhong dan pegawai-pegawai kerajaan negara ASEAN menghadiri seminar berkenaan.

Fu Ying menyanjung makna dan fungsi deklarasi yang berfungsi memperkukuh hubungan saling mempercayai, memperhebat kerjasama, memelihara keamanan dan kestabilan perairan berkenaan dan mempamerkan semangat persahabatan, perpaduan dan kerjasama antara China dengan ASEAN.

Hor Namhong mengulangi pencapaian pelaksanaan deklarasi tersebut dan menyatakan bahawa negara terbabit dan China mengekalkan interaksi yang lancar dan berkesan berhubung isu tersebut. Semua pihak diharap mendorong kerjasama pragmatik dan menyumbang kepada pembangunan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China