Cari:
Wakil Golongan Bawah dalam Kongres Kebangsaan ke-18 PKC
2012-11-02 14:13:18 CRI Cetak

Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (PKC) akan diadakan di Beijing pada 8 November nanti. Sebanyak 26 orang wakil pekerja migran akan pertama kali menyertai persidangan kongres tertinggi PKC untuk mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan terhadap dasar penting parti. Penyertaan lebih ramai wakil golongan bawah dalam Kongres Kebangsaan PKC memberi makna yang penting kepada parti pemerintah tersebut.

Menurut statisitik, terdapat kira-kira 250 juta pekerja migran di China, dan hak dan kepentingan komuniti yang cukup besar ini mendapat perhatian penuh Jawatankuasa Pusat PKC. Wakil dari golongan tersebut pertama kali menyertai Persidangan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Persidangan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyurat Politik Rakyat (CPPCC) pada tahun 2008. Tahun demi tahun, perwakilan golongan tersebut semakin diutamakan, dan kini, mereka diberi peluang untuk turut serta dalam badan kuasa tertinggi PKC. Kemajuan ini memberikan perspektif yang unik bagi masyarakat antarabangsa untuk lebih memahami keadaan pembangunan masyarakat di China.

Profesor Xin Ming dari Sekolah Parti, Jawatankuasa Pusat PKCberkata,

"Masyarakat China sedang mengalami proses transformasi dan pembangunan dari ekonomi pertanian kepada ekonomi industri moden, dan pekerja migran dianggap golongan yang amat penting bagi transformasi tersebut. Kami perlu mendengar suara mereka dan memberikan perhatian kepada keperluan mereka, kerana golongan tersebut merupakan tunggak bagi parti kita. Kemajuan golongan ini memberikan makna yang penting untuk mendorong pembangunan sosial China, malah pembangunan parti sendiri."

Sebagai parti politik yang terbesar di dunia, PKC mempunyai lebih 80 juta orang anggota. Daripada 2270 orang wakil Kongres Kebangsaan ke-18, sebanyak 30.5% adalah wakil peringkat akar umbi, meningkat 2.1% berbanding sebelum ini.

Encik Ma Gongzhi yang berumur 39 merupakan seorang penayang filem di sebuah kampung di provinsi Hunan, China. Walaupun diserang penyakit polio ketika berumur 5 tahun, beliau bersama-sama ibu bapanya, menghabiskan masa 23 tahun menayang filem di lebih 1000 kampung untuk lebih 2.5 juta penonton. Selepas dipilih menjadi wakil Kongres Kebangsaan PKC, Encik Ma mengumpulkan suara hati penduduk kampung sambil menayangkan filem. Beliau berkata,

"Saya mahu mendorong pembinaan sistem kebudayaan awam di kawasan desa, supaya semua penduduk di sini boleh menikmati filem yang baik. Dan saya juga mahu pihak berkuasa memberikan perhatian kepada staf peringkat akar umbi untuk memberikan layanan yang lebih baik kepada mereka."

Prof. Xin berkata, pemilihan wakil dari golongan bawah mencerminkan hasrat PKC untuk memupuk tenaga di golongan tersebut.

"Ini menunjukkan China amat mementingkan "tenaga" dari golongan bawah dalam pembangunan sosiopolitiknya. PKC merupakan parti politik untuk orang biasa, oleh itu golongan bawah merupakan tunggak PKC. Jika kami terus mengambil wakil dari peringkat akar umbi, mereka akan dapat menyampaikan keadaan dan keperluan pembangunan masyarakat China dengan lebih baik serta mendorong pembangunan tersebut."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China