Sidang Pleno ke-7 Jawatankuasa Pusat ke-17 Parti Komunis China (PKC) diadakan di Beijing pada 1 hingga 4 November yang lalu.
Persidangan tersebut dipengerusikan oleh Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC. Setiausaha Agung PKC, Hu Jintao memberikan ucapan yang penting dalam persidangan tersebut.
Dalam sidang tersebut, Jawatankuasa Pusat memutuskan bahawa Kongres Kebangsaan ke-18 parti tersebut akan diadakan pada 8 November nanti.
Hu Jintao membentangkan laporan kerja sebagai wakil Biro Politik Jawatankuasa Pusat dalam sidang pleno tersebut.
Beberapa isu penting yang berkaitan dengan pembangunan China dan PKC dibincangkan dalam persidangan tersebut yang juga merupakan persiapan Kongres Kebangsaan ke-18 parti itu.