Setakat ini, lebih 1,700 orang wartawan dari luar negara serta Hong Kong, Macau dan Taiwan mendaftar untuk membuat liputan perjalanan Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (PKC) di Beijing yang akan bermula esok. Jumlah itu melebihi jumlah wartawan asing yang membuat liputan Kongres Kebangsaan ke-17 PKC pada tahun 2007.
Demikian dinyatakan oleh Pengarah Pusat Media kongres tersebut, Zhai Huisheng dalam majlis jamuan mengalu-alukan para wartawan yang diadakan di Beijing malam semalam.
Zhai berkata, pusat media ditubuhkan khusus untuk memberi kemudahan kepada para wartawan. Mereka boleh mengemukakan permohonan wawancara terhadap mana-mana perwakilan melalui laman web pusat media tersebut.