Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (PKC) akan dirasmikan di Dewan Besar Rakyat Beijing pada pukul 9.00 pagi, 8 November. Kongres tersebut akan berlangsung selama tujuh hari hingga 14 November nanti.
Demikian dinyatakan oleh jurucakap kongres, Cai Mingzhao dalam sidang media pertama kongres tersebut di Beijing petang tadi.
Beliau berkata, dalam mesyuarat persiapan petang tadi, Xi Jinping dilantik menjadi Ketua Setiausaha kongres berkenaan.