Cari:
Ke Arah Kegemilangan Perjuangan Sosialisme yang Bercirikan China
2012-11-08 13:08:45 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Akhbar Renmin Ribao menerbitkan rencana untuk mengucapkan tahniah atas perasmian Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (PKC) yang dirasmikan hari ini .

Rencana itu menyifatkan Kongres Kebangsaan PKC ini sebagai membuka lembaran baharu dalam perjuangan parti tersebut dan negara.

Rencana itu menyebut, kongres yang penting ini diadakan pada tempoh kritikal dalam usaha membangunkan masyarakat maju, memperdalam pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka serta mempercepat pengubahsuaian kaedah pembangunan ekonomi. Dapatan kongres ini pasti akan menggalakkan pemodenan sosialis dan membuka titik baharu dalam perjuangan sosialisme yang bercirikan China.

Rencana itu menggambarkan proses pembangunan sosioekonomi China dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu sebagai sangat membanggakan. Pencapaian China yang setakat ini bergantung besar kepada pelaksanaan inovasi teori berdasarkan praktik serta konsep pembangunan saintifik, menjadi panduan bagi pembangunan masyarakat kaya sekali gus memangkin pemodenan sosialis.

Akhirnya, rencana itu mengatakan bahawa sejarah membuktikan peranan PKC sebagai tulang belakang rakyat China, nadi bangsa China dan teras pimpinan yang mampu mengatasi segala cabaran dan rintangan. Para wakil yang menjadi sandaran harapan dan kepercayaan yang tinggi rakyat, patut fokus kepada pembangunan keseluruhan parti dan negara, menyemarakkan semangat demokrasi, dan bebas menyuarakan pandangan sendiri. Semoga kongres ini mencapai kejayaan sepenuhnya!

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China