Cari:
Kuomintang Ucap Tahniah kepada PKC
2012-11-08 18:51:43 CRI Cetak

Jawatankuasa Pusat Kuomintang (KMT) hari ini mengirim perutusan tahniah kepada Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) atas berlangsungnya Kongres Kebangsaan ke-18 PKC.

Menurut perutusan tahniah itu, Kuomintang dan PKC diharap mencapai pembangunan damai rentas Selat Taiwan, memperluas interaksi, meningkatkan rasa saling mempercayai dan berusaha bersama-sama demi manfaat rakyat.

PKC dalam perutusan balasannya menyatakan kerjasama kedua-dua parti ini menjadi titik perubahan mewujudkan pembangunan damai hubungan rentas selat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kedua-dua parti diharapkan terus mengekalkan "Persepakatan 1992" dan menentang "kemerdekaan Taiwan", memperkukuh dan memperdalam hubungan antara Tanah Besar dan Taiwan untuk manfaat bersama rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China