Cari:
Kongres Ke-18 PKC Kemuka Gagasan dan Konsep Baharu
2012-11-09 15:19:22 CRI Cetak

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Hu Jintao dalam upacara perasmian Kongres Kebangsaan ke-18 PKC yang diadakan di Beijing semalam, membentangkan laporan yang menghuraikan pengalaman dan pencapaian PKC dalam pembangunan China sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan, khususnya sepuluh tahun kebelakangan ini, serta merangka cetakan biru pembangunan China pada masa depan. Gagasan dan konsep baharu dalam laporan itu menjadi tumpuan para wakil dan pelbagai lapisan masyarakat.

Pertama, konsep pembangunan secara saintifik buat pertama kalinya ditetapkan sebagai panduan PKC bagi jangka masa panjang. Pelaksanakan konsep tersebut dianggap membawa makna yang penting dalam proses pemodenan sosialis China dan pembangunan PKC.

Kedua, memberikan penjelasan baharu berhubung konsep "sosialisme yang bercirikan China". Antaranya, jalan sosialisme yang bercirikan China dan sistem teori yang berkaitan telah diperincikan. Ungkapan "sistem sosialisme yang bercirikan China" buat pertama kalinya ditulis dalam laporan PKC, sekali gus menjadi tanda sistem tersebut semakin mantap.

Ketiga, laporan itu sekali lagi menyebut tentang tamadun ekologi selepas Kongres Kebangsaan ke-17 PKC pada tahun 2007. Pembangunan tamadun ekologi berkait rapat dengan kesejahteraan rakyat dan masa depan bangsa. Seiring dengan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi China yang pesat, tekanan terhadap sumber dan alam sekitar semakin meningkat. Oleh sebab itu, laporan ini menghuraikan dan menegaskan peri pentingnya menerapkan tamadun ekologi ke dalam pembangunan sosioeknomi, politik dan kebudayaan.

Keempat, laporan itu buat pertama kalinya mengemukakan matlamat yang jelas untuk membentuk masyarakat kaya secara menyeluruh. Ini boleh dikatakan satu komitmen besar PKC kepada rakyat China, di samping menunjukkan hala tuju pembangunan negara dalam tempoh lima tahun yang akan datang.

Kelima, laporan itu buat pertama kalinya mengemukakan sasaran supaya Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pendapatan per kapita penduduk meningkat sekali ganda berbanding tahun 2010 menjelang tahun 2020. Peningkatan pendapatan penduduk patut sejajar dengan pertumbuhan ekonomi negara, manakala penambahan pendapatan individu patut selaras dengan peningkatan tahap produktiviti. Langkah seumpama itu jelas menampakkan konsep mengutamakan rakyat dan memastikan hasil pembangunan dapat dinikmati oleh semua rakyat.

Keenam, laporan itu menekankan bahawa hasil pembangunan patut dinikmati dengan lebil adil oleh semua rakyat, dan mengemukakan konsep "kesaksamaan hak, peluang dan peraturan". Untuk membina sebuah masyarakat yang harmoni, prinsip melindungi keadilan dan kesaksamaan sosial semakin diutamakan PKC. Ini bukan sahaja memperdalam konsep mengutamakan rakyat, tetapi juga merupakan isyarat jelas PKC untuk melipatgandakan usaha bagi memperbaiki kesejahteraan rakyat.

Ketujuh, membuat rumusan baharu tentang hala tuju utama pembangunan parti. Laporan kali ini buat pertama kalinya mengemukakan hala tuju utama pembangunan parti, iaitu memperkasakan keupayaan pentadbiran serta ketelusan dan kemajuan PKC.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China