Cari:
Hu Jintao: Berusaha untuk Mendorong Sosialisme yang Bercirikan China
2012-11-09 18:35:33 CRI Cetak

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Hu Jintao hari ini berkata, laporannya pada majlis perasmian Kongres Kebangsaan ke-18 PKC semalam merupakan garis panduan untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam proses pembangunan sosialisme yang bercirikan China. Para ahli parti perlu meneliti dan memahami laporan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika menyertai perbincangan rombongan provinsi Jiangsu pagi tadi.

Beliau mengemukakan beberapa gagasan yang penting untuk memahami dan melaksanakan laporan tersebut.

Pertama, mewujudkan pembinaan masyarakat makmur dan mengukuhkan dasar pintu terbuka. China perlu mengubahsuai kaedah pembangunan ekonomi serta memperdalam pembaharuan dalam aspek-aspek yang penting.

Kedua, melaksanakan strategi pembangunan, mendorong transformasi struktur ekonomi dan mendorong urbanisasi dan kerjasama ekonomi antarabangsa berdasarkan konsep pembangunan secara saintifik.

Ketiga memberikan jaminan sosial yang lebih lengkap kepada rakyat.

Keempat, berusaha untuk membangunkan ekonomi hijau untuk melindungi alam sekitar.

Kelima, PKC perlu berusaha memajukan diri supaya memenuhi keperluan untuk membangunkan dan memperintah negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China