Matlamat untuk mewujudkan masyarakat makmur di China menjelang tahun 2020 yang dikemukakan dalam Kongres Kebangsaan Ke-18 Parti Komunis China (PKC) akan memberikan pengaruh positif kepada seluruh dunia.
Naib Ketua Pengarah Bursa Sekuriti Toronto, Ngada Chad berkata, kongres ini memberikan isyarat yang baik kepada dunia. Tindakan pemimpin PKC untuk memperbaiki kehidupan rakyat akan memperluas skop kelas pertengahan. Kemampuan penggunaan orang China yang semakin meningkat tentu akan menyediakan lebih banyak peluang kepada perdagangan antarabangsa.
Ahli penyelidik Institusi Hoover, Universiti Stanford AS, William Ratliff berkata, cabaran utama bagi PKC untuk mewujudkan masyarakat makmur ialah kaedah untuk menggalakkan pembaharuan dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. Sekiranya PKC berjaya mengatasi cabaran itu dan menunaikan janji serta menjamin hak dan kebebasan rakyat dalam tempoh lapan tahun akan datang, maka, prestasi itu tentu akan memberikan manfaat kepada hubungannya dengan negara-negara lain di dunia.