Cari:
Konsep Pembangunan Saintifik China Jadi Tumpuan
2012-11-12 19:45:35 CRI Cetak
Konsep pembangunan saintifik China yang ditegaskan dalam Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (PKC) menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa yang berpendapat bahawa konsep itu sangat penting bagi pembangunan China pada masa depan, dan patut ditiru oleh negara-negara membangun yang lain.

Mantan Duta Besar Malaysia ke China, yang juga Pengerusi Persatuan Persahabatan Malaysia-China, Dato' Abdul Majid menghargai usaha China yang memberi perhatian kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan isu ketidakseimbangan pembangunan antara kawasan pinggir laut dengan kawasan pedalaman.

Akhbar International Daily Indonesia dalam rencana pengarang hari ini menyebut, laporan Kongres Kebangsaan ke-18 PKC yang memfokuskan konsep pembangunan saintifik, bukan sahaja untuk mewujudkan masyarakat maju, tetapi juga membangunkan "China yang indah". Sebagai negara membangun yang besar, Indonesia juga patut menimba pengalaman China tersebut.

Naib Menteri Penerangan dan Pendidikan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Pham Van Linh berkata, kemajuaan China yang cemerlang hasil usaha bersungguh-sungguh PKC dan kerajaan China melaksanakan konsep tersebut. Selain itu, PKC mencipta teori yang sistematik berdasarkan pembangunan semasa China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China