Pusat Media Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (PKC) mengadakan sidang media ke-4 di Beijing semalam, untuk menjelaskan keadaan kesejahteraan rakyat China, yang dihadiri lebih 450 orang wartawan.
Jiang Weixin
Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar dan Desa, Jiang Weixin berkata, pembinaan perumahan dan pembangunan bandar dan luar bandar mencapai hasil yang ketara sejak sepuluh tahun yang lalu. Pihaknya akan mengekalkan pengawalseliaan bersepadu kerajaan dan pasaran untuk memperbaiki sistem dan dasar berkaitan yang bersesuaian dengan keadaan negara.
Zhu Zhixin
Naib Ketua Pengarah Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Zhu Zhixin berkata, pembaharuan perubatan pusingan baharu yang dimulakan pada April tahun 2009 sudah mencapai kesan yang ketara, dan akan diteruskan hingga mencapai matlamat agar setiap rakyat dapat menikmati perkhidmatan perubatan asas.
Zhou Shengxian
Menteri Perlindungan Alam Sekitar, Zhou Shengxian menyatakan, perlindungan persekitaran mencapai kemajuan yang ketara sejak Kongres Kebangsaan ke-16 PKC. Laporan Kongres Kebangsaan ke-18 PKC menekankan peri pentingnya menggalakkan pembangunan tamadun ekologi yang berkait rapat dengan kesejahteraan rakyat dan masa depan bangsa. Wawasan ini menyasarkan pewujudan kemakmuran ekonomi, kelestarian ekologi dan kesejahteraan rakyat melalui pembangunan masyarakat mesra alam.
Yang Zhiming
Naib Menteri Sumber Manusia dan Jaminan Sosial, Yang Zhiming berkata, fungsi kementeriannya berkaitan langsung dengan kesejahteraan rakyat. Walaupun kelembapan pertumbuhan ekonomi menjejaskan peluang pekerjaan, namun jabatan yang berkaitan akan melaksanakan tindakan yang lebih berkesan untuk mencipta peluang pekerjaan yang baharu.