Pemahaman Parti Komunis China (PKC) terhadap hukum pembangunan parti pemerintah yang selari dengan fahaman Marx semakin diperdalam melalui amalan baharu yang dilaksanakan oleh PKC pada tahun-tahun kebelakangan ini. Oleh itu, memasukkan input praktik dan teori yang baharu PKC kepada Perlembagaan PKC selaras dengan keperluan semasa serta hasrat anggota PKC.
Demikian dinyatakan oleh para wakil Kongres Kebangsaan ke-18 PKC ketika membahaskan pindaan Perlembagaan PKC.
Mereka berpendapat, konsep pembangunan secara saintifik merupakan input terkini teori sosialisme yang bercirikan China. Konsep itu sejajar dengan fahaman Marx-Lenin, pemikiran Mao Tse Tung, teori Deng Xiaoping serta konsep "tiga mewakili" yang menjadi panduan dan pedoman PKC pada masa jangka panjang.
Para wakil berpendapat, laporan Kongres Kebangsaan ke-18 PKC ini yang memasukkan pembangunan tamadun ekologi dalam sosialisme yang bercirikan China menandakan pemodenan sosialisme melonjak ke tahap baharu, sekali gus membantu menggalakkan pelaksanaan konsep pembangunan secara saintifik.