Cari:
Kongres Kebangsaan ke-18 PKC Tegaskan Dua Matlamat Perjuangan
2012-11-14 15:52:45 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (PKC) yang ditutup pagi tadi menegaskan bahawa parti itu menempuh laluan sosialisme yang bercirikan China dan berjuang untuk merealisasikan matlamat mewujudkan masyarakat maju secara menyeluruh. PKC dalam laporan kali ini sekali lagi menegaskan dua matlamat perjuangan seratus tahun, iaitu pertama merealisasikan pewujudan masyarakat maju secara menyeluruh ketika ulang tahun ke-100 penubuhan PKC. Matlamat kedua adalah untuk menjadi negara sosialisme moden yang makmur, kuat, demokratik dan harmoni.

Agensi berita Xinhua dalam rencananya hari ini mengatakan bahawa kini, China berada dalam tempoh penting untuk merealisasikan matlamat masyarakat maju secara menyeluruh. Hala tuju pembangunan sosialisme yang bercirikan China menjadi lebih jelas, manakala gagasan yang dikemukakan oleh PKC bagi pembangunan negara semakin sempurna. Pembangunan sosioekonomi, politik, kebudayaan dan ekologi semuanya berlandaskan matlamat untuk mewujudkan masyarakat maju serta pemodenan sosialisme dan kebangkitan bangsa China.

Rencana itu menyebut, prospek China berkait rapat dengan prospek dunia berikutan perubahan pola ekonomi dan politik sejagat. China akan terus memantapkan kerjasama bestari yang saling menguntungkan dengan pelbagai negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China