Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping dan Li Keqiang, Zhang Dejiang, Yu Zhengsheng, Liu Yunshan, Wang Qishan, serta Zhang Gaoli yang dipilih sebagai anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC dalam sidang pleno pertama Jawatankuasa Pusat ke-18 PKC bertemu dengan wartawan China dan luar negara di Dewan Besar Rakyat di Beijing pagi tadi.
Xi Jinping berkata, semua anggota jawatankuasa yang dipilih itu akan memimpin seluruh anggota PKC dan rakyat pelbagai etnik terus berjuang demi kebangkitan bangsa China.
Kira-kira 250 orang wartawan yang mewakili lebih 180 media dari 42 buah negara, kira-kira 100 wartawan dari Hong Kong, Macau dan Taiwan, serta wartawan dari lebih 60 media Tanah Besar bersama-sama menyaksikan detik bersejarah itu.