Cari:
Bekerjasama Demi Masa Depan Yang Lebih Baik
2012-11-15 16:44:02 CRI Cetak
Akhbar Renmin Ribao China hari ini menerbitkan rencana pengarang yang bertajuk "Bekerjasama Demi Masa Depan yang Lebih Baik" bagi mengucapkan tahniah atas kejayaan Kongres Kebangsaan Ke-18 Parti Komunis China (PKC) sempena penutupan rasmi kongres itu.

Rencana pengarang itu menyebut, kongres kali ini menjadi titik permulaan bagi PKC untuk memimpin China ke arah mewujudkan masyarakat maju, dan kehidupan rakyat yang lebih sejahtera.

Kongres ini menggariskan konsep pembangunan saintifik, menyusun perjuangan sosialisme yang bercirikan China, dan juga mengemukakan permintaan yang jelas untuk meningkatkan tahap saintifik pembangunan PKC.

Rencana pengarang itu turut menyeru supaya seluruh anggota PKC bersatu padu menyumbang kepada kejayaan perjuangan sosialisme yang bercirikan China di bawah pimpinan PKC.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China