Cari:
Kumpulan Pemimpin Baharu Jawatankuasa Pusat PKC Dibentuk
2012-11-15 15:24:49 CRI Cetak

Kongres Kebangsaan Ke-18 Parti Komunis China (PKC) yang berakhir di Beijing semalam telah membentuk Jawatankuasa Pusat dan Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat PKC penggal baharu. Xi Jinping dilantik sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC yang baharu. Ini menandakan PKC yang bersejarah 91 tahun dan mempunyai lebih 82 juta anggotanya kini dipimpin oleh kumpulan pemimpin Jawatankuasa Pusat PKC yang baharu.

Kumpulan pemimpin Jawatankuasa Pusat PKC yang baharu itu akan menyatupadukan dan memimpin anggota PKC dan rakyat untuk mewujudkan masyarakat kaya dengan menyeluruh menjelang tahun 2020 serta meningkatkan pembangunan bangsa China ke tahap yang lebih tinggi.

Menurut Piagam PKC, pucuk pimpinan tertinggi PKC adalah Kongres Kebangsaan PKC dan Jawatankuasa Pusat yang terbentuk dalam kongres itu. Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC dan Jawatankuasa Tetap di bawahnya mula menjalankan tugas masing-masing setelah sidang pleno Jawatankuasa Pusat PKC ditutup.

Skop Jawatankuasa Pusat PKC penggal baharu ini lebih besar daripada yang lalu. Anggotanya terdiri daripada sebilangan besar pegawai peringkat provinsi, pegawai kanan pasukan tentera, pegawai peringkat bandar dan ketua institusi kewangan, syarikat milik negara utama, universiti dan badan penyelidikan sains serta wakil-wakil dari kalangan pakar, sarjana dan pekerja biasa.

Purata umur anggota jawatankuasa tersebut adalah 56.1 tahun, antaranya 33 orang perempuan dan 39 orang kader etnik minoriti.

Kumpulan pemimpin baharu itu dibentuk ketika China berada pada peringkat kunci untuk mewujudkan masyarakat kaya dengan menyeluruh, dan sedang menghadapi peluang dan juga cabaran yang tidak pernah wujud sebelum ini. Para anggota baharu Jawatankuasa Pusat PKC berjanji akan meneruskan perjuangan yang sedia ada dan meneroka masa depan yang lebih cerah, melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna, memperdalam pembaharuan dan dasar pintu terbuka serta mendorong proses pemodenan, untuk mewujudkan masyarakat kaya.

Kongres Kebangsaan ke-18 PKC yang baharu berakhir itu telah menekankan kedudukan konsep pembangunan saintifik dalam sejarah, mengemukakan tuntutan baharu dalam membangunkan masyarakat sosialisme bercirikan China dan menetapkan sasaran bagi mewujudkan masyarakat kaya dengan menyeluruh dan mengintensifkan pembaharuan dan pintu terbuka. Selain itu, langkah-langkah bagi menggalakkan usaha sosialisme bercirikan China dalam zaman baharu telah ditetapkan. Pada masa yang sama, sidang itu juga menyatakan akan meningkatkan tahap pembangunan PKC secara saintifik dengan menyeluruh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China