Cari:
Hu, Xi Gesa Tentera Laksana Misi Bersejarah di Bawah Pimpinan Baharu
2012-11-18 15:44:51 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden Hu Jintao dan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) merangkap Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat PKC, Xin Jinping menggesa supaya tentera China taat setia kepada kepimpinan PKC, dan melaksanakan misi-misi bersejarah di bawah pimpinan baharu.

Hu dan Xi dalam ucapan mereka pada mesyuarat Suruhanjaya Tentera Pusat PKC Jumaat lalu, turut menggesa supaya usaha yang berterusan dilakukan untuk memperkasakan pembangunan tentera.

Hu yakin Xi mampu memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat PKC, serta menyatukan dan memimpin suruhanjaya tersebut melaksanakan misi-misi bersejarah.

Xi menyanjung tinggi sumbangan Hu terhadap pembangunan parti dan negara. Tegasnya, semangat Kongres Kebangsaan ke-18 PKC perlu disemarakkan untuk terus memperkasakan pembangunan pertahanan dan angkatan tentera.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China