
Setelah kapal induk pesawat udara Liaoning diserahkan secara rasmi kepada tentera laut China pada 25 September lalu, pelbagai jenis latihan maritim dan ujian penyelidikan, termasuk latihan jet pejuang J-15 untuk berlepas dan mendarat di atas kapal induk pesawat udara tersebut segera dijalankan menurut jadual. Dalam tempoh itu, prestasi teknik geladak penerbangan kapal induk pesawat udara dan fungsi jet pejuang telah dibuktikan memenuhi keperluan reka bentuk.

Jet pejuang J-15 yang direka bentuk dan dihasilkan oleh China sendiri khusus untuk kapal induk pesawat udara.








