Sidang Kemuncak Hamburg ke-5 China-Eropah telah dirasmikan semalam. Sidang yang bertemakan hubungan perdagangan dan pelaburan China-Eropah dan pengaruhnya bagi pertumbuhan ekonomi global.
Presiden Dewan Perdagangan Hamburg berkata, pertumbuhan ekonomi China yang pesat bukan sahaja memberi manfaat kepada negara Eropah, malah China juga mendapat faedah hasil kemakmuran negara Eropah. China menjadi pesaing yang semakin hebat bagi perusahaan Eropah di pasaran global akibat krisis hutang Eropah.
Menurut beliau, hubungan rakan strategik antara Kesatuan Eropah (EU) dan China amat penting bagi EU.








