Cari:
Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC Gariskan Lapan Peraturan
2012-12-05 11:33:06 CRI Cetak

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat parti itu semalam untuk membahaskan lapan peraturan bagi memperbaiki gaya kerja dan mengeratkan hubungan dengan rakyat.

Lapan peraturan itu termasuk, mengutamakan kaji selidik dan mengurangkan formalisme, mengurangkan jumlah pengiring rombongan, mempermudah prosedur penerimaan, mengurangkan aktiviti mesyuarat dan meningkatkan keberkesanan mesyuarat, mengelakkan dokumen tanpa fakta, menyeragamkan lawatan dan jenis pengangkutan berdasarkan peraturan, dan keperluan. Selain itu, peraturan ini juga akan menentukan liputan mengenai aktiviti anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC, melarang untuk menerbitkan buku, mengutus surat tahniah dan menulis inskripsi secara persendirian, dan melaksanakan peraturan mengenai perumahan dan kenderaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China