Konflik antara kumpulan bersenjata puak Alawite yang menyokong kerajaan Syria dan kumpulan bersenjata puak Sunni yang menyokong pihak pembangkang Syria di Tripoli, bahagian utara Lubnan masuk hari keenam semalam dan mengakibatkan sekurang-kurang 18 orang mati dan kira-kira seratus lagi cedera.
Tentera Lubnan terus meningkatkan penempatan tentera di kawasan yang berkonflik. Istana Presiden Lubnan mengeluarkan keyataan bahawa Presiden Lubnan, Michel Suleiman mempengerusikan mesyuarat Majlis Pertahanan Tertinggi semalam untuk membincangkan dan menetapkan tindakan bagi menghentikan konflik di Tripoli dan memulihkan keamanan di bandar tersebut. Walau bagaimanapun, kandungan tindakan berkenaan belum diumumkan.