Cari:
SOE Pusat China Peroleh Keuntungan
2012-12-24 16:05:11 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Keuntungan perusahaan milik negara (SOE) kendalian kerajaan pusat China mencatat RMB 1.1 trilion dalam tempoh 11 bulan tahun ini, hampir sama seperti tahun lalu. Setakat akhir bulan November lalu, jumlah aset SOE mencatat RMB 31.2 trilion, meningkat lebih 10% berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu. Demikian dinyatakan oleh Ketua Pengarah Suruhanjaya Penyeliaan dan Pentadbiran Aset Negara (SASAC), Wang Yong hari ini.

SOE kendalian kerajaan pusat China merupakan tunjang sosioekonomi negara ini. Terdapat 117 buah syarikat seumpama itu setakat bulan November tahun 2011.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China