Cari:
Pusat Jenayah Siber Eropah Ditubuhkan
2013-01-10 12:49:56 CRI Cetak
Pusat Jenayah Siber Eropah (EC3) akan ditubuhkan di Hague, Belanda esok untuk melindungi rakyat dan syarikat Eropah daripada bahaya jenayah siber.

Demikian dinyatakan oleh Pesuruhjaya Hal-Ehwal Dalaman Kesatuan Eropah, Cecilia Malmstrom semalam.

Menurut beliau, pusat itu diharap akan meningkatkan keupayaan EU untuk membanteras jenayah siber, dan menjamin internet yang bebas, terbuka dan selamat.

Tugas utama EC3 adalah membanteras kegiatan siber sindiket, khususnya serangan yang menyasarkan perkhidmatan perbankan internet dan perkhidmatan kewangan dalam talian internet yang lain, penderaan seksual kanak-kanak dalam internet, serta jenayah yang membahayakan infrastruktur kritikal dan sistem maklumat EU. Selain itu, EC3 juga akan diberi sejumlah tugas dalam latihan kerja dan penyelidikan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China