Forum Boao Asia 2013 akan diadakan di Boao, provinsi Hainan China pada 6 hingga 8 April tahun ini. Forum kali ini bertemakan: "Asia Meninjau Perkembangan untuk Semua: Penyusunan Semula, Tanggungjawab dan Kerjasama".
Setiausaha Agung Forum Boao Asia, Zhou Wenzhong berkata, kira-kira dua ribu orang wakil kerajaan pelbagai negara di dunia, kalangan pengusaha industri dan perdagangan serta akademik, pemimpin media dan wartawan dijangka menghadiri sidang tersebut. Jumlah ini paling ramai dalam sejarah Forum Asia Boao yang sudah diadakan sebanyak 11 kali sebelum ini.