Cari:
Operasi Penghantaran Tahun Baharu China 2013 Dimulakan
2013-01-26 15:43:51 CRI Cetak

Operasi penghantaran untuk perjalanan balik kampung sempena sambutan Tahun Baharu China 2013 dimulakan hari ini. Jumlah penumpang dijangka sekali lagi membaharui rekod sejarah, dengan mencatat 3.407 bilion orang dalam tempoh 40 hari yang akan datang, bertambah 249 juta orang berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Terdapat 840 ribu bas dan 13 ribu kapal sudah diatur bersiap sedia untuk perkhidmatan berkenaan. Kementerian Kereta Api pula menambah lagi 900 buah kereta api selain 4,454 buah yang sudah disiapkan setiap hari. Bagi sektor penerbangan awam, seramai 35.5 juta orang dianggarkan akan menjadi pelanggannya sepanjang tempoh tersebut, iaitu 1.74 juta lebih ramai daripada tempoh yang sama tahun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China