Cari:
Parkson Bakal Buka Cawangan di Bandar China yang Lebih Kecil
2013-02-04 13:17:13 CRI Cetak

Majlis penyampaian hadiah kepada 10 syarikat China yang melabur ke ASEAN dan 10 syarikat ASEAN ke China yang paling berjaya pada tahun 2012 telah diadakan di Beijing pada malam 24 Januari lalu. Dalam aktiviti ini, Pengerusi Eksekutif Kumpulan "The Lion" Malaysia yang juga Presiden Kehormat Dewan Perniagaan Cina Malaysia (ACCCIM) Tan Sri William Cheng Heng Jem telah dianugerahkan "Hadiah Usahawan Unggul ASEAN ke China 2012". Tan Sri Cheng Heng Jem ketika diwawancara di tapak aktiviti itu, telah menceritakan sejarah perkembangan Kumpulan Runcit Parkson yang ditubuhkan pada tahun 1987 dan berkongsi pengalaman beliau dalam bidang pelaburan. Beliau menganggap pasaran domestik China amat besar dan amat optimistik terhadap prospek pelaburan di pasaran China.

Bidang yang dikendalikan oleh Kumpulan The Lion melibatkan industri besi keluli, automobil, tayar, komputer, barang serbaneka, hartanah, pulpa dan kertas serta industri penanaman. Selain itu, di bawah kumpulan The Lion, terdapat 10 buah syarikat yang tersenarai dalam bursa saham. Pada awalnya, Tan Sri Cheng Heng Jem digelar sebagai "raja besi keluli" Malaysia, dan kemudiannya dikenali sebagai "raja barang serbaneka" selepas beliau menubuhkan Kumpulan Runcit Pakson, iaitu syarikat barang serbaneka yang paling popular di Malaysia. Tan Sri Cheng merupakan usahawan Cina Malaysia yang kedua terbanyak melabur di China.

Pada tahun 1994, cawangan Parkson yang pertama dibuka di Fuxingmen, Beijing, menandakan kumpulan Parkson mula menembusi pasaran jualan runcit China. Tan Sri Cheng menganggap, oleh sebab pasaran China amat besar, sasaran pembangunan Parkson tidak boleh hanya berfokus kepada bandar raya. Sebaliknya ia perlu ditawarkan ke bandar peringkat kedua, ketiga bahkan keempat. Kata beliau,

"Kami telah mengendalikan 54 buah cawangan di lebih 20 buah bandar di China. Sekarang kami sedang merancang untuk membuka cawangan di bandar yang lebih kecil. Kami akan menawarkan barangan yang bersesuaian dengan penduduk tempatan dengan mempertimbangkan keadaan masyarakat, kuasa beli dan kelaziman pembelian penduduk tempatan."

Sekarang, kedai barang serbaneka Parkson di China kebanyakannya dikelolakan secara usaha sama dengan syarikat tempatan. Tan Sri Cheng berharap dapat membuka lebih banyak cawangan yang dikendalikan sendiri oleh kumpulannya. Beliau menganggap bahawa kejayaan pelaburan kumpulannya di China bergantung pada persekitaran pelaburan yang baik, dasar China yang menggalakkan pelaburan asing dan permintaan domestik China yang agak besar. Beliau mendapati bahawa dasar kerajaan China yang merangsang permintaan domestik dan mewujudkan urbanisasi banyak menyediakan peluang bagi kumpulannya. Beliau berkata,

"Banyak negara Asia Tenggara mahu melabur di China kerana pasaran di negara ini amat besar. Tenaga profesional di China juga cukup banyak terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Jadi, saya yakin China akan dapat menarik banyak perusahaan Malaysia dan negara Asia Tenggara lain datang untuk melabur.'

Selain itu, Tan Sri Cheng juga menyatakan kesediaannya untuk menambah pelaburan di negara Asia Tenggara lain pada masa depan, antaranya termasuk Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Myanmar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China