Cari:
Pembangunan PKS China Peluang bagi Bank Metropolitan Filipina
2013-02-07 11:45:25 CRI Cetak

Pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bukan hanya memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi China, malah juga menyediakan peluang perdagangan kepada syarikat dari luar negara.

Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Bank Metropolitan (China) dari Filipina yang menerima anugerah "Sepuluh Syarikat ASEAN di China Yang Paling Berjaya 2012" baru-baru ini, Encik Billy Lau menyatakan bahawa visi bank itu adalah menawarkan perkhidmatan kepada PKS dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat China, ia punca kejayaan syarikatnya di negara ini. Beliau berkata,

"Pasaran China sangat besar, jadi menyediakan perkhidmatan yang lebih berfokus kepada PKS tempatan ialah sasaran strategik lokalisasi kami. Satu sebab yang istimewa ialah Quanzhou merupakan kampung halaman presiden syarikat kami. Beliau berharap membalas budi kepada tanah air. Oleh itu, tujuan sebenar Bank Metropolitan datang ke China bukan untuk mencari keuntungan, sebaliknya membawa syarikat ini kembali ke China dan berkembang di negara ini."

Bank Metropolitan (China) ditubuhkan di provinsi Jiangsu, China pada bulan Mac 2010 dengan pelaburan Syarikat Bank dan Amanah Metropolitan Filipina. Pengasasnya, yang juga Presiden syarikat tersebut, George S.K.Ty ialah seorang perantau China. Kini, bank tersebut telah membuka lima cawangan di negara ini termasuk di bandar Nanjing, Shanghai, Quanzhou dan Changzhou bagi menyediakan perkhidmatan kepada PKS tempatan.

"Bank Metropolitan sudah lama menyediakan perkhidmatan untuk PKS di Filipina. Kumpulan kami mempunyai pengalaman yang mencukupi di pasaran dalam negara dan juga antarabangsa. Oleh itu, kami mampu menyediakan perkhidmatan mengikut keperluan syarikat yang berbeza-beza."

Bank Metropolitan (China) juga memberi tumpuan kepada usaha kebajikan di China dan memandang ini sebagai tanggungjawab dan panduan syarikatnya. Billy Lau menyatakan, mereka menyumbang kepada usaha kebajikan setiap tahun. Tapi menurut beliau, kaedah terbaik untuk membalas budi ialah dengan membantu PKS tempatan dan mencapai pembangunan bersama. Beliau berkata,

"PKS di China biasanya menghadapi kesukaran dalam mendapatkan dana. Asalkan syarikat itu berpotensi untuk berkembang, Bank Metropolitan bersedia bekerjasama dengannya, dan berkembang bersama-sama dengannya. Saya rasa ini cara yang terbaik untuk membalas budi kepada masyarakat China. PKS merupakan kumpulan yang agak unik. Jika bank kami dapat fokus kepada pasaran ini, pembangunan jangka panjang kami pula akan terjamin."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China