Cari:
Xi Jinping Raikan Tahun Baharu Cina Bersama-sama Tokoh-tokoh Bukan PKC
2013-02-08 10:54:12 CRI Cetak

Menjelang Tahun Baharu Cina, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan Pusat Parti Komunis China, Xi Jinping mengundang tokoh-tokoh dari pelbagai parti, Persekutuan Industri dan Perniagaan Kebangsaan serta tokoh bukan ahli parti ke Zhongnanhai, untuk meraikan Tahun Baharu Cina.

Ketika beramah-tamah dengan para tetamu, Xi Jinping menegaskan bahawa seluruh negara perlu berusaha bersama-sama untuk mewujudkan sasaran perjuangan bersama. PKC perlu mengeratkan kerjasama dengan pelbagai parti serta tokoh-tokoh bukan ahli parti. Penyeliaan daripada golongan ini terhadap PKC perlu dikekalkan dan ditingkatkan. PKC bersedia menerima kritikan, dan membetulkan kesilapan. Kritikan hendaklah dianggap sebagai amaran jika tiada sebarang kesilapan. Tokoh-tokoh bukan ahli PKC juga perlu berani mengeluarkan kritikan secara telus bagi menyampaikan hasrat rakyat. PKC pula patut menerima penyeliaan dengan ikhlas bagi memperbaiki cara dan taraf kerja.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China