Cari:
Li Keqiang Prihatin Terhadap Pegawai Marin
2013-02-08 11:20:32 CRI Cetak

Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, Naib Perdana Menteri, Li Keqiang mengucapkan selamat tahun baharu kepada kumpulan ekspedisi Jabatan Lautan Negara(SOA) yang sedang bertugas di kawasan kutub dan menyampaikan keprihatinan beliau kepada para kakitangan Pengawasan Marin China (CMS) dan keluarga mereka melalui video telefon satelit.

Li Keqiang menegaskan, lautan amat penting bagi kehidupan dan perkembangan umat manusia. China merupakan negara marin yang besar. Penerokaan lautan perlu mengekalkan prinsip kerjasama dan saling menguntungkan. Situasi menang-menang hanya mungkin tercapai melalui peyelarasan tindakan dan penerokaan bersama pelbagai negara. Pengawasan terhadap kawasan perairan China merupakan tugas utama CMS China. Beliau berharap kakitangan marin China sentiasa menyedari bahawa tugas memelihara kepentingan lautan negara, melindungi perairan China, menyusun penerokaan dan penggunaan lautan, dan kutub melalui kerjasama dan kedamaian penting bagi menggalakkan perkembangan pesat usaha marin China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China