Cari:
Dewan Negara China dan Jawatankuasa Pusat PKC Adakan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina
2013-02-09 15:12:10 CRI Cetak

Majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran bersama Dewan Negara China dan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) telah diadakan semalam. Pemimpin kerajaan dan parti termasuk Hu Jintao, Xi Jinping, Wu Bangguo, Wen Jiabao, Jia Qinglin, Li Keqiang, Zhang Dejiang, Yu Zhengsheng, Liu Yunshan, Wang Qishan dan Zhang Gaoli menghadiri majlis tersebut bersama-sama dengan lebih 2,000 orang tokoh terkemuka dari pelbagai lapisan masyarakat di Beijing.

Dalam majlis tersebut, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, yang juga Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, Xi Jinping, bagi pihak Jawatankuasa Pusat PKC dan Dewan Negara China mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat pelbagai etnik dan lapisan masyarakat di seluruh negara.

Beliau juga menyampaikan salam kepada saudara setanah air di Hong Kong, Macau, Taiwan dan seberang laut sempena sambutan hari kebesaran ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China