Cari:
Pemimpin AS, Kanada dan Britian Ucap Selamat Tahun Baharu kepada Orang Cina di Seluruh Dunia
2013-02-09 14:52:10 CRI Cetak

Presiden AS, Barack Obama menyampaikan ucapan sambutan tahun ular dan berharap semua orang yang merayakan Tahun Baharu Cina bahagia, dan sihat sejahtera. Beliau menyatakan bahawa menurut kepercayaan orang Cina, ular menandakan kebijaksanaan. Maka, semangat itu boleh dijadikan panduan untuk mengatasi pelbagai cabaran pada tahun baharu ini dan juga boleh membantu rakyat AS mewujudkan masa depan yang lebih adil dan saksama.

Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper turut menyampaikan salam kepada orang Cina di seluruh dunia. Beliau berkata, sempena ketibaan Tahun Baharu Cina, masyarakat berketurunan Cina di Kanada bakal menerima lebih banyak kemakmuran berikutan usaha kerajaan Kanada yang menyediakan peluang pekerjaan lebih banyak serta membangunkan ekonomi pada tahun ini.

Pada hari yang sama, Perdana Menteri Britain, David Cameron juga menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baharu kepada orang Cina yang disiarkan dalam laman sesawang pihak rasmi negara itu. Beliau turut menyatakan kesediaan untuk meningkatkan kerjasama dengan barisan pemimpin baharu China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China