Cari:
Xi Jinping Ucap Selamat Tahun Baharu Cina kepada Para Pekerja
2013-02-09 18:56:51 CRI Cetak
Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China(PKC), Xi Jinping telah melawat tapak pembinaan kereta api bawah tanah, balai polis, pusat pelupusan sampah dan syarikat teksi di Beijing untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada para pekerja yang sedang bertugas di sana. Pada hari itu, Xi Jinping kerap kali berkata "pekerja peringkat asas paling bersusah payah".

Sebagai pemimpin tertinggi PKC yang baru dilantik, Xi Jinping juga pergi ke provinsi Gansu, barat China yang ekonominya agak mundur pada beberapa hari yang lalu untuk mengunjungi para petani yang miskin dan menghantar barang-barang kepada mereka untuk menyambut Tahun Baharu Cina.

Tindakan tersebut menggambarkan pucuk pimpinan PKC sentiasa prihatin rakyat jelata dengan tulus ikhlas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China