Cari:
Wen Jiabao Raikan Tahun Baharu Cina Bersama Mangsa Bencana
2013-02-10 15:27:41 CRI Cetak

Bermula 8 Februari hingga semalam, Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah melawat ke provinsi Shaanxi dan Gansu untuk mengunjungi penduduk pelbagai etnik dan meraikan Tahun Baharu Cina bersama-sama mereka.

Kedua-dua provinsi tersebut terjejas teruk akibat gempa bumi pada tahun 2008. Zhouqu, provinsi Gansu mengalami banjir lumpur yang teruk sekali lagi pada 8 Oktober tahun 2010.

Ketika melawat Zhouqu, Wen Jiabao menegaskan, alam semula jadi dan keselamatan serta kepentingan rakyat perlu dihormati dan diutamakan. Beliau sangat prihatin terhadap pembinaan semula di kawasan bencana tersebut.

Lawatan ini merupakan lawatan ketiga beliau ke Zhouqu selepas bencana berkenaan. Dalam tempoh dua tahun yang lalu, 169 daripada 170 buah projek pembinaan semula telah diselesaikan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China