Menurut statistik kerajaan Beijing, jumlah penjualan bunga api di bandar raya ini menurun 40% berbanding dengan tahun lalu.
Menurut Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Beijing, Zhou Zhengyu, sehingga semalam, sebanyak 260 ribu kotak bunga api dijual, angka itu menurun 37% berbanding dengan tahun lalu.
Kerajaan bandar raya ini menasihatkan penduduk mengurangkan pembakaran bunga api pada sambutan Tahun Baharu Cina untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.