Jumlah pelancong dari Guangzhou ke luar negara mencapai puncak pada 10 Februari lalu, iaitu hari pertama Tahun Baharu Cina.
Menurut maklumat, pada hari tersebut sahaja, jumlah pelancong yang menyertai rombongan Agensi Pelancongan Antarabangsa GZL, syarikat pelancongan terbesar di Guangzhou mencatat 14 ribu orang. Jumlah tersebut meningkat 40% berbanding dengan masa yang sama tahun lalu.
Destinasi pelancongan di negara-negara Asia Tenggara menjadi tumpuan dengan jumlah pelancong dari Guangzhou ke sana mencapai 4,000 orang.
Cuaca di negara Asia Tenggara yang sentiasa panas serta kaya dengan sumber pelancongan di samping berdekatan dengan Guangzhou, menjadikan destinasi di sana sesuai untuk dikunjungi bersama-sama dengan anak kecil dan warga emas.