Pejabat Pusat Pingpong dan Badminton Jabatan Pentadbiran Am Sukan Kebangsaan China semalam mengesahkan, Zhuang Zedong, pemain pingpong yang tersohor China meninggal dunia di Beijing pada pukul 5 petang semalam dalam usia 73 tahun akibat kanser.
Zhuang Zedong, pemain pingpong China yang paling hebat pada tahun 1960-an, pernah menjuarai Kejohanan Pingpong Dunia acara perseorangan lelaki tiga kali berturut-turut. Beliau juga membantu kontinjen China menjuarai acara berpasukan lelaki kejohanan tersebut tiga kali berturut-turut. Beliau juga merupakan peserta kejadian "diplomasi pingpong" berhubung pemulihan hubungan diplomatik antara China dengan AS pada awal tahun 1990an.