Cari:
Oishi Membesar Bersama Pasaran China
2013-02-12 14:20:24 CRI Cetak

Tahun 1992 menyaksikan bermulanya kerancakan pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka di China yang sekali gus menyediakan beberapa banyak peluang dagang kepada pelabur asing. Oishi dari Filipina yang telah mendominasi pasaran makanan snek di China adalah antara yang paling unggul.

"Ia boleh dikatakan suatu pelabur asing yang amat berjaya, kerana ia memcipta satu jenama yang sudah diketahui umum di seluruh China." Ketika menyentuh pembangunan Oishi di China, Naib Pengarah Eksekutif Syarikat Liwaway (China) Bhd., iaitu anak syarikat Oishi, Li Peiming berkata,

"Nama Oishi hampir diketahui semua orang di seluruh negara. Saya rasa inilah kejayaan syarikat ini."

Makanan jenama tersebut diperkenalkan ke pasaran China bermula tahun 1993. Setelah mengembangkan sayapnya selama 20 tahun, syarikat Oishi telah mempunyai 8 ribu pekerja. Kilang dan cawangannya terdapat di lebih 20 buah bandar di timur dan tengah negara ini. Produknya seperti gula-gula, makanan letup (puffed food), kerepek kentang dan minuman bukan berkarbonat, bukan sahaja popular di pasaran China, tetapi juga laris dijual di Asia Tenggara, Eropah dan Amerika.

Pada tahun 2011, Liwaway telah menyumbang cukai sebanyak RMB 225 juta. Pembangunannya tidak terlepas dari pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka di China. Pengerusi Lembaga Pengarah Liwaway (China), Larry Chan berkata,

"Pelaksanaan dasar berkenaan merupakan peluang yang amat baik, kerana ia membantu kami memperluas pasaran. Pada mula-mulanya, kami hanya menumpu kepada pasaran di kawasan pesisir laut. Namun sekarang, kami telah berjaya mengembangkan sayap ke kawasan pedalaman."

Sejak memasuki pasaran China, Oishi sentiasa menumpu kepada peliharaan jenama dan kualiti produk, dengan berpegang pada panduan membekalkan makanan yang sihat, selamat dan sedap kepada pengguna. Selain itu, ia juga tidak mengecualikan diri dari mengamalkan tanggungjawab masyarakat dan kebajikan sosial. Untuk menjimat tenaga dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, Liwaway memperuntukkan RMB jutaan untuk mengubahsuai bangunan pejabat dan pengeluaran bagi menjimat penggunaan elektrik, dan memperhebat pembersihan air kumbahan bagi mengelak daripada pencemaran terhadap persekitaran. Selain itu, Liwaway pula menyumbang dalam usaha kebajikan di China termasuk yang dianjurkan Persatuan Palang Merah dan membantu pelajar miskin dan mangsa bencana.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China