Cari:
Kerjasama Ekonomi China-Thailand
2013-02-15 14:09:34 CRI Cetak

Upacara Penyampaian Hadiah 10 Syarikat Cemerlang ASEAN di China dan 10 Syarikat Cemerlang China di ASEAN 2012 anjuran Majlis Perdagangan China-ASEAN diadakan baru-baru ini. Dua syarikat dari Thailand, iaitu Syarikat Chia Tai dan Kumpulan Gula Asia Timur Nanning Guangxi yang dimiliki oleh Kumpulan Gula Mitr Phol terpilih sebagai syarikat cemerlang dari ASEAN yang melabur di China.

Duta Besar Thailand ke China berkata,"Saya amat kagum dengan kecemerlangan dua buah syarikat tersebut di China. Hadiah kali ini akan menggalakkan mereka berusaha untuk meningkatkan taraf pelaburan dan membawa pelaburan yang bermutu lebih tinggi bagi pasaran di China dan ASEAN."

Hubungan politik dan persahabatan yang stabil antara China dengan ASEAN membolehkan perkembangan hubungan pelaburan dan perdagangan yang mantap antara kedua-dua pihak. Kecemerlangan dua buah syarikat tersebut memperlihatkan sejarah pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka di negara China.

Pengurus Besar Jabatan Hal-Ehwal Antarabangsa Kumpulan Gula Asia Timur Nanning Guangxi Thailand, Chen Minghua berkata,"Syarikat kami amat menghargai hadiah tersebut. Ini dapat memperlihatkan pencapaian syarikat kami yang telah melabur di China selama hampir 20 tahun telah dikenalpasti oleh pelbagai lapisan masyarakat tempatan."

Chen Minghua pula berkata,"Syarikat kami memberikan perhatian yang tinggi terhadap proses pertama sepanjang pengeluaran kami, iaitu penanaman tebu, dan mengambil kira juga tindakan mesra alam serta usaha meningkatkan keefisienan. Pengelolaan syarikat kami di China amat baik."

Selain itu, kumpulan pengeluar gula tersebut memberikan perhatian yang tinggi untuk mewujudkan pengendalian yang berorientasikan kitar semula dan mesra alam. Chen berkata,"Setelah menubuhkan kilang di China, syarikat kami telah menggunakan teknologi yang canggih dan membeli kelengkapan yang berkenaan untuk menjimat sumber tenaga. Teknologi itu telah mengurangkan secara besar-besaran jumlah pelepasan air kumbahan dan karbon dioksida.

Maklumlah, pembangunan sesebuah syarikat pelabur asing tidak terlepas dari kestabilan masyarakat dan sokongan kerajaan tempatan. Chen berkata,"Hubungan antara China dengan Thailand amat baik. Perdana Menteri China, Wen Jiabao ketika melawat Thailand pada tahun yang lalu telah menyatakan untuk meningkatkan hubungan ekonomi dan perdagangan antara Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, China dengan Thailand."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China