Semalam merupakan hari ke-5, sambutan Tahun Baharu Cina serta hari kekasih yang disambut menurut tradisi barat. Pelbagai destinasi pelancongan di China menyediakan pakej pelancongan berpasangan, termasuk pakej pelancongan jarak dekat yang amat laris.
Sementara itu, kereta api dan penerbangan awam mula menerima sejumlah besar penumpang yang kembali dari kampung halaman setelah mengakhiri percutian sempena sambutan Tahun Baharu Cina.