Britain semalam buat kali pertama mengumumkan keputusan ujian terhadap sampel daging lembu. Menurut keputusan tersebut, kira-kira 1% sampel daging lembu yang diuji didapati mengandungi daging kuda. Sementara itu, daging kuda juga ditemui dalam pai daging lembu yang diimport oleh Norway.
Agensi Standard Makanan (FSA) Britain mengumumkan, 29 daripada 2,501 buah sampel daging lembu yang diuji didapati mengandungi sekurang-kurangnya 1% daging kuda.
Polis Britain telah menangkap tiga orang suspek yang bekerja di rumah sembelih terbabit dan akan melaporkan maklumat yang berkenaan kepada Pertubuhan Polis Jenayah Kesatuan Eropah (Europol) serta agensi penguat kuasa negara-negara yang berkaitan.








