Cari:
Sidang Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat G20 di Moscow
2013-02-16 16:11:04 CRI Cetak

Sidang Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat Kumpulan 20 (G20) bermula di Moscow semalam. Para peserta akan mengadakan perbincangan tentang situasi ekonomi global, "rangka pertumbuhan yang kukuh, berterusan dan seimbang", pembaharuan sistem kewangan antarabangsa, usaha menggalakkan penyediaan peluang pekerjaan, dan pengawalseliaan kewangan.

Menteri Kewangan Rusia, Anton Siluanov berkata, sebagai negara pengerusi bergilir G20 pada tahun 2013, Rusia berpendapat bahawa pelbagai pihak perlu berusaha mendorong pelaburan, menjamin ketelusan pasaran, memupuk rasa saling mempercayai, serta meningkatkan keberkesanan tadbir urus.

Presiden Bank Dunia, Jim Yong Kim berkata, pelbagai negara perlu menumpukan perhatian terhadap usaha menjamin pertumbuhan yang mapan pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China