Cari:
Xi Jinping: China Bersedia Tingkatkan Kerjasama Keamanan dengan Afrika
2013-02-17 15:33:02 CRI Cetak

China bersedia mempergiat kerjasama dengan negara-negara Afrika dalam urusan antarabangsa dan isu-isu yang berhubung dengan keamanan di rantau Afrika. Kenyataan itu dibuat oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Xi Jinping semasa ditemui Pengerusi Kesatuan Afrika, Nkosazana Dlamini-Zuma di Beijing hari ini.

Xi Jinping berkata bahawa pembangunan Afrika selaras dengan arus zaman semasa dan berfaedah bagi keamanan dan kestabilan dunia. China menyokong usaha pembangunan negara-negara Afrika yang dilakukan berdasarkan keadaan negara sendiri. China tetap memberikan keutamaan kepada perkembangan hubungan dengan Afrika dan memandang Kesatuan Afrika sebagai rakan strategik yang boleh dipercayai.

Dlamini-Zuma pula berkata, negara Afrika berharap dapat menimba pengalaman kejayaan China dalam pembangunan negara, dan bersedia meningkatkan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang termasuk perancangan pembangunan, industri pertanian, sektor pembuatan, sains dan teknologi, pembinaan infrastruktur serta latihan tenaga profesional.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China