Cari:
Seratus Hari Selepas Kumpulan Pemimpin Baharu Jawatankuasa Pusat PKC Mula Bertugas
2013-02-22 14:09:30 CRI Cetak

Sejak Kongres Kebangsaan Ke-18 Parti Komunis China (PKC) berakhir pada 14 November tahun lalu hingga sekarang, kumpulan pemimpin baharu Jawatankuasa Pusat PKC telah bertugas selama seratus hari.

Dalam tempoh seratus hari itu, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping bersama-sama dengan rakan sekerjanya berusaha tanpa mengenal penat lelah untuk menunaikan janji mereka yang berkhidmat untuk rakyat. Mereka telah mengadakan tinjauan sehingga ke peringkat akar umbi untuk lebih memahami kesukaran yang dihadapi oleh kaum tani. Selain itu, kumpulan pemimpin baharu tersebut juga telah mengadakan beberapa mesyuarat yang efisien sehingga mengeluarkan beberapa dasar yang tepat dan turut mendapat sambutan baik masyarakat. Dalam lawatan tersebut, perkataan yang ikhlas dan mudah difahami telah mendapat pujian kalangan rakyat. Siri tindakan tersebut juga digelar sebagai "kaedah pemerintahan baharu" oleh media asing.

Setiausaha Agung Xi Jinping telah melakukan tinjauan tiga kali di luar Beijing. Pada mulanya, beliau telah pergi ke provinsi Guangdong yang paling awal melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka. Sepanjang tinjauan itu, beliau menyeru supaya pembaharuan terus digalakkan. Kemudian beliau melakukan tinjauan di kawasan miskin di provinsi Hebei dan Gansu. Xi Jinping menyatakan bahawa masyarakat kaya yang menyeluruh tidak akan diwujudkan jika kawasan luar bandar terutamanya kawasan miskin tidak menjadi kaya. Kalangan luar menganggap bahawa kenyataan Xi Jinping itu merupakan janji pemimpin PKC yang mengekalkan dasar pembangunan bersama-sama.

Selain aktiviti domestik tersebut, kumpulan pemimpin baharu PKC juga sibuk dalam urusan diplomatik. Xi Jinping telah menemui tetamu dari A.S., Rusia, Republik Korea dan Jepun serta PBB dan Jawatankuasa Persatuan Afrika.

Profesor Qin Gang dari Sekolah Parti Jawatankuasa Pusat PKC menganggap bahawa kumpulan pemimpin baharu PKC telah mengambil langkah yang bersungguh-sungguh untuk mengaturkan kerja yang melibatkan dasar dalam dan juga luar dalam tempoh seratus hari yang lalu.

Bertepatan dengan "lapan peraturan" yang dikeluarkan Jawatankuasa Pusat PKC untuk mengubah gaya kerja, lawatan Xi Jinping ke luar Beijing tidak diiringi majlis sambutan yang mewah. Selain itu, makanan dan penginapan beliau juga amat ringkas. Beliau juga mengambil inisiatif dalam usaha menentang sikap boros dan membazir, sehinggakan Tahun Baharu Cina yang baru berlalu menjadi antara sambutan pesta yang paling berjimat.

Namun, kumpulan pemimpin baharu PKC telah menghadapi cabaran yang serius bermula tahun ini, antaranya termasuk isu ekonomi dan masalah masyarakat di samping beberapa isu antarabangsa yang menguji kebijaksanaan diplomatik China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China